Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (DARJAH IV) (SSSRU) TAHUN 1440H / 2019M

Rabu, 06 Mac 2019M–Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah IV) (SSSRU) Tahun 1440M/2019M akan dibuka mulai hari Khamis, 30 Jamadilakhir 1440H bersamaan 07 Mac 2019M dan akan ditutup pada hari Khamis 19 Syaaban 1440H bersamaan 25 April 2019M.  

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengannya bolehlah diperolehi di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat dibuka (office hours) mulai hari Khamis 30 Jamadilakhir 1440H bersamaan 07 Mac 2019M.

Attachments
Created at 7/3/2019 10:35 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 7/3/2019 10:35 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK