Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
TABUNG KEMANUSIAAN BAGI PELARIAN PALESTIN

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) mengadakan kutipan sumbangan Tabung Kemanusiaan bagi Pelarian Palestin sepanjang bulan Ramadhan tahun 1440 Hijrah.

Tabung Kemanusiaan tersebut akan mengumpulkan sumbangan berbentuk kewangan daripada rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dan disalurkan kepada UNRWA bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh pelarian Palestin. Orang ramai amatlah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan lebih-lebih lagi dalam meraih ganjaran amalan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam wajar bersimpati dan merasakan kesusahan yang dialami mereka. Perasaan simpati itu wajar diterjemahkan dengan memberikan sumbangan ikhlas yang mampu dihulurkan.

Sehubungan itu, sumbangan bolehlah diberikan melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara; di bank-bank; dan juga di gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam yang terpilih.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui perkhidmatan SMS dengan menaip PALESTIN diikuti dengan 1 atau 5 atau 10 atau 20 (tanpa jarak) dan hantar ke talian 38111 bagi pengguna DST dan PCSB.

Attachments
Created at 13/5/2019 9:38 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 13/5/2019 9:38 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK