Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441 HIJRAH

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS akan menganjurkan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1441 Hijrah.

Ini adalah merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap Tahun.

Penyertaan Musabaqah tersebut dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang berugama Islam dan setiap penyertaan hanya boleh mengikuti satu Kategori musabaqah sahaja dengan mengikut syarat-syarat bagi setiap Kategori.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1441 Hijrah akan mempertandingkan sebanyak 5 kategori iaitu Kategori A,B,C,D dan E sebagaimana berikut:-

Kategori 'A' – Terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun ke bawah yang lahir pada  01 Mei 2007 dan selepasnya; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'A' sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada tahun 1439H/2018M dan 1440H/2018M dan 1441H/2019M; dan bukan terdiri dari penuntut Institut Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar dan menghantar borang permohonan.

Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu:- Surah Al- Muthafifiin, Surah Al-Insyiqaaq, Surah Al-Buruuj, Surah Ath-Thariq, Surah Al-A'laa, Surah Al-Ghasyiyah, Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail, Kompilasi Surah-Surah Lazim bermula dari Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Naas berserta Pemahaman Surah An-Naba’, Suran An-Nazi’at, Surah At-Takwir, Surah Al-Infithar.

Kategori 'B' – Terbuka kepada peserta yang berumur 14 tahun ke atas yang lahir pada 01 Mei 2003 dan selepasnya; Tidak menerima Elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 10,20, dan 30 juz 4 kali berturut-turut secara kebelakangan dari tahun tutup penyertaan; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'B' sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu tahun 1439H/2018M dan 1440H/2019M; dan bukan terdiri dari penuntut Institut Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negara semasa mendaftar dan menghantar borang permohonan.

Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu:- Surah Al-Kahfi, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk dan Surah Al-Insaan Surah Yaasin dan Surah Jiin berserta Pemahaman Surah Al-Jumu’ah dan Surah An-Nur.

Kategori 'C' - Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 10,20 dan 30 Juz dalam tempoh 2 tahun kebelakangan berturut-turut sejak tahun 2017 semasa tarikh tutup penyertaan; serta tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' sebanyak 2 kali bertutut-turut.

Menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Surah An-Nisa.

Kategori 'D' - Terbuka kepada semua peringkat umur; tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 30 juz dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'D' sebanyak 2 kali berturut-turut.

Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Surah Maryam dan Surah Thaha.

Kategori 'E' - Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut dalam Kategori menghafaz 30 Juz. (Peserta yang pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut dalam Kategori ‘E’ HANYA boleh menyertai musabaqah semula selepas 2 tahun menjadi johan).

Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Asy-Syura, Surah Az-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan dan Surah Al-Jatsiah.

Borang-borang penyertaan akan mula dibukakan kepada orang ramai pada hari Selasa, 3 September 2019M. Borang Penyertaan tersebut bolehlah diperolehi di Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2H Tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2H Tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Khamis, 28 November 2019M, jam 4.00 petang.

Attachments
Created at 3/9/2019 3:49 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 13/11/2019 8:26 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK