Kementerian Hal EHwal Ugama melalui
Bahagian Kemajuan Syiar Islam memaklumkan bahawa Musabaqah Membaca Al-Quran
Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1441H/2019M akan
diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula Hari Selasa, 01 Oktober 2019M
hingga Hari Khamis, 03 Oktober 2019M bertempat di Bilik Sepakat 3, Pusat
Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu, dimaklumkan kepada semua
peserta yang terlibat untuk datang lebih awal pada tarikh dan dan tempat yang
ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung
terus ke pihak Urus Setia Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat
Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1441H/2019M iaitu Bahagian Kemajuan Syiar Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, di talian 2382311 sambungan 226/237.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa
Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Cenderamata akan diadakan pada hari
Khamis, 03 Oktober 2019M, bertempat di Bilik Sepakat 3, Pusat Persidangan
Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.