Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa pendaftaran haji
1441H akan bermula pada hari Sabtu, 5 Rabiulawal 1441H bersamaan 2 November
2019M, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang jam 2.00 petang
hingga 3.30 petang pada hari-hari bekerja. Manakala tarikh tutup pendaftaran
pada hari Sabtu, 07 Jamadilakhir 1441H bersamaan 01 Februari 2020M.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang
berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji 1441H
dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) pada tarikh yang tersebut di atas di
pusat-pusat pendaftaran seperti berikut:
1.Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan
Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei
Darussalam.
2.Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah
Belait, Tutong dan Temburong
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman
sesawang Jabatan Urusan Haji di alamat www.juh.gov.bn
Adalah dimaklumkan juga bahawa pemohon
yang mendaftar haji tahun 1441H adalah diletakkan dalam senarai menunggu.
PENDAFTARAN HAJI TAHUN 1441H