“Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan
samada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara bahawa borang
permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi
musim haji tahun 1441 Hijrah/2020 Masihi telah mula diedarkan pada Hari
Sabtu, 05 Rabiulawal 1441H bersamaan 02 November 2019M.
Oleh itu, semua permohonan untuk
mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun
1441 Hijrah/2020 Masihi hendaklah dikembalikan dan sampai ke Jabatan Urusan
Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari
Khamis, 06 Jamadilawal 1441 Hijrah bersamaan 02 Januari 2020 Masihi.
Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua
Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan
yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah
mengambil borang berkenaan di alamat seperti berikut:
1. Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan
Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei
Darussalam.
2. Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait,
Tutong dan Temburong.”