Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM DIPLOMA ‘ALIYAH QIRA’AT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI 2020-2023M

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah membukakan pengambilan Program Diploma ‘Aliyah Qira’at Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi 2020-2023 bermula pada Hari Isnin, 03 Februari 2020M.

Pengambilan Diploma ‘Aliyah Qira’at Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi 2020-2023 tersebut dibukakan kepada semua Warganegara Atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.

Pemohon-pemohon hendaklah memperolehi pangkat Jayyid (baik) sekurang-kurangnya 4 Mata Pelajaran dalam peperiksaan SPUB (Sijil Pelajaran Ugama Brunei) atau; sekurang-kurangnya 4 Kredit dalam Brunei Cambrigde GCE ‘O’ Level termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau yang sebanding dengannya.

Pemohon mestilah Lulus temuduga kemasukan Diploma ‘Aliyah Qira’at dan mempunyai Akuan Kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang diiktiraf.

Bagi warganegara asing (Ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan Atau Sector Swasta Di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon dengan membuat permohonan bertulis kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Melalui Pengetua Institut.

Borang Tawaran boleh diperolehi di Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat dibuka ataupun dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam: www.kheu.gov.bn.

Tarikh tutup mengembalikan borang ialah pada Hari Sabtu, 29 Februari 2020M, jam 4.00 petang.

Sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Haji Muhammad Azim bn Haji Ali di talian +673-8974981 (M) dan Cikgu Hajah Hasni binti Haji Mohd Salleh di talian +673-8881131 ATAU +673-2222090 / 093/ 096 sambungan 231.

 

(KLIK SINI)

BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM DIPLOMA ‘ALIYAH QIRA’AT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI 2020-2023M

Attachments
Created at 28/1/2020 10:42 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/3/2020 10:50 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK