Dengan hormat sukacita, Bahagian
Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus
Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei memaklumkan bahawa pendaftaran
bagi peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) (SSSRU) Tahun
1441/2020M akan dibuka mulai hari Selasa 15 Rejab 1441H bersamaan 10 Mac
2020M dan akan ditutup pada hari Khamis 07 Ramadan 1441H bersamaan 30 April
2020M.
Borang-borang pendaftaran dan keterangan
lanjut yang berkaitan dengannya bolehlah diperoleh di pejabat Bahagian
Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, lantai bawah bangunan Kementerian Hal
Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat dibuka
(office hours) mulai hari Selasa 15 Rejab 1441H bersamaan 10 Mac 2020M.