Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
UJIAN LEMBAGA TASMIE’ MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI KALI KEDUA TAHUN 2020 MASIHI

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Kedua Tahun 2020M, bermula pada bulan Julai 2020 yang dibukakan kepada  Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Borang Permohonan bagi mengikuti ujian tersebut boleh diperolehi di Pejabat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Borang Permohonan Ujian Tasmie’ dibuka mulai hari Isnin, 30 Syawal  1441H bersamaan 22 Jun 2020M.

Tarikh Tutup Permohonan / Penghantaran Borang pada hari Selasa, 22 Zulkaedah 1441H bersamaan 14 Julai 2020M.

Pengambilan dan Penghantaran Borang adalah mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 2.00 hingga 3.30 petang sahaja.

Pemohon/Wakil dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard berkaitan Pandemik COVID-19 semasa berurusan di Pejabat Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 / 2233364

Attachments
Created at 20/6/2020 10:27 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 20/6/2020 10:27 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK