Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN HAJI TAHUN 1442 HIJRIYYAH

PENDAFTARAN HAJI TAHUN 1442 HIJRIYYAH


Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa penjualan borang dan pendaftaran haji akan bermula pada hari Khamis, 05 Rabiulawal 1442H bersamaan 22 Oktober 2020M, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang jam 2.00 petang hingga 3.30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

Manakala tarikh tutup pendaftaran pada hari Khamis, 07 Jamadilakhir 1442H bersamaan 21 Januari 2021M.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) pada tarikh yang tersebut di atas di pusat-pusat pendaftaran seperti berikut:

1. Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

2. Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong Adalah dimaklumkan juga bahawa pemohon-pemohon yang mendaftar haji tahun 1442 Hijriyyah adalah diletakkan dalam senarai menunggu.

Sukacita juga dinasihatkan kepada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan borang pendaftaran dan seterusnya mendaftar haji supaya dapat mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu dengan mendaftar masuk menggunakan aplikasi ‘BruHealth’ dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke pusat-pusat pendaftaran, mengamalkan penjarakan sosial (social distancing), memakai sungkup muka (face mask), hendaklah dalam keadaan yang sihat dan tidak digalakkan hadir jika berada dalam keadaan kurang sihat serta sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan atau menggunakan gel pensanitasi tangan (hand sanitizer).

Attachments
Created at 20/10/2020 3:47 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 26/10/2020 9:04 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK