Selasa,
16 Mac 2021 – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian
Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan
Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat
memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan-peperiksaan
Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Ugama Brunei (STPUB) tahun 1441H / 2020M akan mula dibukakan.
Calon-calon
peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini
dikehendaki mendaftar melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit terlebih
dahulu. Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai hari
Rabu, 17 Mac 2021, pukul 2:30 petang.
Pendaftaran hanya
dibukakan melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit iaitu dengan
menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR
INDEKS CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR dan hantar ke 8885555 bagi
pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan PCSB. Pendaftaran yang berjaya akan
dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.
Keputusan
peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah
keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran B$1.00
bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu,
dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit
masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.
Melalui
perkhidmatan ini nanti, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau
penjaga mengetahui keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran
Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun
1441H / 2020M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.
Bagi sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan
syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications
System Sdn. Bhd. melalui e-mel: mach@machbrunei.com.