Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-75

بسم الله الرحمن الرحيم

Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib Dan 'Isya' Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke- 75, Tahun 2021 akan diadakan pada hari Rabu, malam Khamis, 14 Julai 2021 bertempat di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai jam 5.45 petang dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti berikut:

Bagi Daerah Brunei dan Muara:-

- Masjid Omar 'Ali Saifuddien

- Masjid Hassanal Bokiah, Kampong Mentiri

- Masjid Al-Amerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong

- Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop

- Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong

- Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun

- Masjid Setia Ali, Pekan Muara

- Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Bagi Daerah Belait;

- Masijd Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

- Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dan

- Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

Bagi Daerah Tutong;

- Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Bagi Daerah Temburong;

- Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan, orang ramai yang berugama Islam dan para jemaah adalah diharapkan dan dialu-alukan untuk bersama-sama hadir ke majlis berkenaan itu nanti dan dinasihatkan agar mematuhi Garis Panduan yang berkaitan dalam langkah-langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19, protokol-protokol keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti berikut:

i.Pengimbasan Kod QR

ii.Digalakkan berwudhu sebelum ke masjid

iii.Dikehendaki memakai facemask (sungkup muka)

iv.Dikehendaki membawa dan menggunakan tikar sembahyang sendiri (berukuran besar)

v.Pemeriksaan suhu badan

vi.Digalakkan mensanitasi tangan

vii.Sentiasa melaksanakan penjarakan sosial

viii.Tidak digalakkan untuk bersalam-salaman.

Perhatian:

-Hanya individu yang mempunyai kod berwarna Hijau dan kuning sahaja yang dibenarkan hadir.

-Manakala individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selsema, masalah pernafasan dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa'taala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Diraja akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, dilanjutkan usia, sihat wal'afiat, dan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kekal qarar memerintah di atas takhta Singgahsana Kerajaan dan memimpin Negara.

 

 

Attachments
Created at 7/7/2021 10:02 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 7/7/2021 10:02 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK