بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran
Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7) di Institut Tahfiz
Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 2023M bermula pada 13 Jun
2022M.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti
pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah
memenuhi syarat-syarat berikut :-
1.Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau
penduduk tetap;
2.Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang
bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government linked Companies di Negara Brunei
Darussalam), boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas
kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui
Pengetua Institut;
3.Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1
Januari 2023 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan
atau Swasta pada 2022;
4.Lulus dengan memperolehi pangkat ’C’
dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R)
atau yang setaraf dengannya;
5.Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang
dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;
6,Berkesanggupan tinggal di asrama
sepanjang tempoh pengajian;
7.Mematuhi peraturan-peraturan Institut
Tahfzi Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;
8.Penerimaan pelajar tertakluk kepada
keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Borang-borang bolehlah diperolehi di
Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, bermula 13 Jun 2022M atau di muat turun melalui laman
sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu www.kheu.gov.bn.
Borang yang lengkap diisi hendaklah
dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bermula 8 Ogos 2022M hingga
13 Ogos 2022M semasa waktu pejabat iaitu (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan
2.00 petang hingga 4.00 petang) ke alamat:
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah,
Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran
Anak Saleha,
Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei
Darussalam
Borang-borang hendaklah dihantar TANPA
menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke Institut
Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan
dikeluarkan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
melalui nombor telefon 2222090/2222093/2222096 sambungan 234/ 230/ 206.
-Poster
-Borang Tawaran