Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM SEMBAHYANG FARDHU SUBUH BERJEMAAH SETIAP HARI JUMAAT DI BULAN RAMADHAN TAHUN 1439 HIJRAH

Bagi meraih kelebihan beribadah di Bulan Ramadhan di dalam memakmurkan rumah Allah, umat Islam disarankan untuk membanyakkan ibadah dengan menghadirkan diri ke masjid-masjid untuk sama-sama menunaikan Sembahyang Fardhu berjemaah disetiap waktu Sembahyang Fardhu.

Dalam pada itu, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Program Sembahyang Subuh Berjemaah pada setiap hari Jumaat di Bulan Ramadhan Tahun 1439 Hijrah.

Antara pengisian acara Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah tersebut ialah Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah; Membaca Surah pilihan beramai-ramai dan Tadabbur dari surah pilihan yang dibaca.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk sama-sama menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadah seluruh negara mulai jam 4.30 pagi dengan penumpuan di beberapa buah masjid sebagaimana berikut:

Hari/Tarikh

 

DaerahTempat

Jumaat,

02 Ramadhan 1439H / 18 Mei 2018M

Daerah Brunei Muara

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Negara Brunei Darussalam

 

Daerah Belait

Masjid Zainab, Kampong Lumut

 

Daerah Tutong

Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong

 

Daerah Temburong

Masjid Mohammad Salleh, Pekan Temburong

 

Jumaat,

09 Ramadhan 1439H / 25 Mei 2018M

Daerah Brunei Muara

Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

 

Masjid Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Jerudong

 

Jumaat,

16 Ramadhan 1439H / 01 Jun 2018M

Daerah Brunei Muara

Masjid Hassanal bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri

 

Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun

 

Jumaat,

23 Ramadhan 1439H / 08 Jun 2018M

Daerah Brunei Muara

Masjid Perpindahan Lambak Kanan

 

Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut

 

Attachments
Created at 16/5/2018 3:54 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 5/7/2018 11:49 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK