Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA’ BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NBD

Dalam beberapa hari sahaja lagi, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akan meraikan sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 Tahun, pada 15 Julai 2018 ini.

Sambutan perayaan tersebut merupakan acara signifikan kenegaraan yang murni dengan semangat patriotisme yang tinggi di mana seluruh rakyat dan penduduk negara ini mendoakan bagi kesejahteraan dan keselamatan raja dan negara.  

Sempena dengan sambutan tersebut, satu Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib & Isya’ Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Membaca Do’a Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 Tahun, pada hari Sabtu malam Ahad, 2 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 14hb. Julai 2018 Masehi.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-72 Tahun mengalu-alukan seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk hadir ke semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utamanya di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong pada jam 5.45 petang, di samping beberapa buah masjid yang juga dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti berikut:

Daerah Brunei Muara

. Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

. Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri

. Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong

. Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop

. Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong

. Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun

. Masjid Setia Ali, Pekan Muara

. Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan

Daerah Belait

. Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

. Masjid Perpindahan Negara Kampong Pandan, Kuala Belait

. Masjid Pekan Seria, Daerah Belait

Daerah Tutong

. Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Daerah Temburong

. Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar

Bagi kemudahan orang ramai yang akan hadir ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-72 Tahun telah menyediakan tempat letak kereta tambahan dengan pengangkutan shuttle bus secara percuma mulai jam 4.30 petang dan akan menghantar balik selepas selesai acara hingga jam 8.30 malam. Empat lokasi pengangkutan shuttle bus telah ditetapkan seperti berikut;

1. Kawasan Letak Kereta, Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

2. Kawasan Letak Kereta Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

3. Kawasan Letak Kereta, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

4. Kawasan Letak Kereta, Jabatan Pengangkutan Darat, Beribi Gadong.

Attachments
Created at 9/7/2018 9:01 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 9/7/2018 9:01 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK