Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG UNTUK MENDAPATKAN PENGURNIAAN TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1440 HIJRAH

“Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan samada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi telah mula diedarkan.

Oleh itu, semua permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi hendaklah dikembalikan dan sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Rabu, 09 Januari 2019M. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mengambil borang berkenaan di alamat seperti berikut:

1.         Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

2.         Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.”

Attachments
Created at 13/11/2018 2:33 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 17/11/2018 8:12 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK