Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

“MASJIDKU MA’MUR, NEGARA BERKAT” DI MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

Bandar Seri Begawan, Ahad, 5hb Ogos 2018M–Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien minggu ini dikelolakan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pertahanan dan dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri. Ianya merupakan satu program mingguan dan ajakkan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi mema’murkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.


“Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara “Bandarku Ceria”, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk “JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH” oleh Yang Mulia Kapten Pengiran Muhd. Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd. Tali, Penolong Pegawai Turus, Bahagian Inspektorat, Markas Tentera Darat Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi bin Haji Ghafar; Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ma’murnya masjid-masjid di Negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi diri kita, keluarga dan juga Negara.

Bergambar ramai sebelum meninggalkan majlis

 

Attachments