Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 72 KALI MASJID ZAINAB, LUMUT, DAERAH BELAIT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 72 TAHUN

LUMUT, 7 Ogos 2018, Selasa-Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait merupakan pesambah istimewa untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72, tahun 2018.

Majlis tersebut berlangsung di Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman , Menteri Hal Ehwal Ugama dan Isteri.

Seramai 113 orang yg terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Muslimah, Belia dan Beliawanis serta murid-murid kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Zainab, Lumut, Daearah Belait telah menyertai majis khatam tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis diikuti dengan bacaan Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Naas yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Hassan; Pemangku Bilal Masjid Zainab, Lumut. Disusuli dengan bacaan Tahlil oleh Yang Mulia Haji Ahmad bin Haji Mukibat; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Zainab, Lumut dan diteruskan dengan bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Awang Mohd. Hadi Faiz bin Amerul Shah, Murid Kelas al-Quran dan Muqaddam masjid berkenaan.

Selesai sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, acara diteruskan lagi dengan Dikir Marhaban oleh para guru kelas al-Quran dan Muqaddam Masjid Zainab, Lumut. Pada malam tersebut juga tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan saguhati kepada guru pentasmik bacaan khatam dan diselajurkan dengan penyampaian cenderhati kepada tetamu kehormat majlis.

Untuk memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Soffian bin Bidin, Pemangku Imam Masjid Zainab Lumut.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakan para jemaah dan belia untuk aktif dalam apa jua kegiatan yang dianjurkan oleh masjid dan sekaligus dapat memakmurkan lagi masjid. Disamping itu dapat menanamkan rasa cintakan membaca al-Quran. Diharap dengan majlis seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dengan para jemaah dan belia.

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Isteri; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Isteri; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd Seruddin bin Haji Timbang dan Isteri serta Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Attachments