Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

BICARA MUSLIMAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN KE 60 TAHUN BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH DAERAH BRUNEI MUARA

Bandar Seri Begawan, 08 Oktober 2018-Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar Ali Saifuddien telah bekerjasama mengendalikan program Bicara Muslimah Sempena Sambutan Jubli Intan Masjid Omar Ali Saifuddien Ke 60 Tahun Bagi Kelas Bimbingan Muslimah Daerah Brunei Muara hari ini bertempat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Turut hadir Jemputan Khas, Pegawai Kanan dan Kakitangan wanita dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam serta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid dari Daerah Brunei Muara.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan Jubli Intan Masjid Omar Ali Saifuddien Ke- 60 Tahun. Disamping sama-sama berpatisipasi dalam mengembangkan syiar Islam, majlis ini juga dihasrat untuk sama-sama menghayati dan mengambil iktibar mengenai peristiwa Hijrah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Selain untuk melazimkan diri dengan istighfar dan mengamalkannya sebagai zikir dalam kehidupan, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan muslimah dari Kelas Bimbingan Muslimah.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan seterusnya bicara muslimah pun dimulakan dengan ceramah tentang kelebihan istighfar yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Zunainah binti Haji Gunong, Pegawai Ugama Kanan, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara diteruskan lagi dengan bacaan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh Yang Mulia Noraini Yanti binti Haji Hussin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid. Sebelum bersurai bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Yang Mulia Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Halimah binti Haji Mohd. Said, Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Masjid Omar Ali Saifuddien.

Semoga dengan adanya program ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman para muslimah masjid dan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam akan makna hijrah yang sebenar sehingga dapat mendorong mereka untuk menjadi mukminah yang beriman dan bertakwa.


Attachments