Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN 1440H/2019M

Kampong Jerudong, Selasa, 06 November 2018-Majlis Pengumuman dan Penyampaian Hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Bagi Tahun 1440H/2019M telah diadakan di Masjid al-Ameerah al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

Majlis Musabaqah tersebut telah berlangsung selama 02 hari iaitu bermula pada, 05 hingga 06 November 2019. Seramai 39 peserta lelaki dan 12 peserta perempuan telah menyertai musabaqah tersebut.

Dalam Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Peringkat Daerah bagi tahun ini seramai 26 orang peserta (21 orang qari dan 5 oramg qariah) telah terpilih bagi memasuki Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bagi tahun 1440H/2019M.

Antara kereteria-kereteria pemilihan ialah peserta-peserta yang bertanding dalam Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah ini ialah peserta Qari dan Qariah memperolehi markah 80 peratus keatas.

Majlis pada petang tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid al-Ameerah al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong. Kemudian acara diteruskan dengan persembahan bacaan al-Quran oleh wakil peserta yang layak ke peringkat separuh ahkir.

Acara kemuncak majlis ialah Pengumuman keputusan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Bagi Tahun 1440H/2019M oleh Pengerusi Jemaah Hakim musabaqah tersebut, Yang Mulia Ustaz Mohd. Ali Sabri bin Haji Yussof.

Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemengku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dan seterusnya telah berkesudian menyampaikan hadiah dan Sijil Penyertaan kepada para peserta.

Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dari Yang Mulia Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid al-Ameerah al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah bagi Tahun 1439H/018M ini dianjurkan oleh Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jawatankuasa Takmir Masjid al-Ameerah al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

Antara tujuan musabaqah ini diadakan adalah untuk menggalakkan atau menarik minat orang ramai untuk meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Quran, selain sebagai pendorong kepada mereka yang berbakat di dalam seni pembacaan Al-Quran agar mengasah bakat yang ada melalui Musabaqah Membaca Al-Quran ini.


Attachments