Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

THE ANNUAL PRINCE SULTAN BIN ABDUL AZIZ ALU SU’UD COMPETITION ON THE MEMORIZATION OF QURANAND SUNNAH FOR ASEAN AND PACIFIC COUNTRIES, 11-14 MAC 2019

Berakas, Ahad, 10hb Mac 2019M-Negara Brunei Darussalam telah menghantar satu rombogan bagi menyertai “The Annual Prince Sultan Bin Abdul Aziz Alu Su’ud Competition On The Memorization Of Quran and Sunnah For Asean And Pacific Countries yang akan berlangsung pada 11 Mac 2019M hingga 14 Mac 2019 di Jakarta, Indonesia.

Peserta tersebut ialah Yang Mulia Awang Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin dan Yang Mulia Awang Abdul Qayyum bin Kamarudjaman.

Yang Mulia Awang Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin mewakili negara dengan menyertai Kategori Menghafaz 30 juz al-Qur’an manakala Awang Abdul Qayyum bin Kamarudjaman pula bagi Kategori 15 juz al-Qur’an.

Peserta negara diiringi oleh Yang Mulia Awang Sabaraya bin Abd Ghani yang juga merupakan  Pengurus dan Ketua Rombongan.

Hadir di Lapangan Terbang Negara Brunei Darussalam bagi mengucapkan selamat belayar ialah  ialah Yang Mulia Awang Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam.

Rombongan dijangka balik pada hari Jumaat, 15 Mac 2019M depan.




Attachments