Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG DAN SIJIL PELAJARAN UGAMA BRUNEI (SPUB) DAN BC- GCE ‘O’ LEVEL TAHUN 1439H/ 2018M SEKOLAH UGAMA ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT

BERAKAS, Rabu, 13 Mac 2019M-Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan Sijil pelajar-pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit adalah merupakan majlis penghargaan bagi pelajar-pelajar yang telah lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Majlis diadakan pada setiap tahun dan pada tahun ini seramai 69 orang pelajar Cemerlang 5A dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan 16 orang Cemerlang dalam  Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E ‘0’ Level. Majlis berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar Bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit telah mencapai 98.2 peratus lulus dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2018M dengan memperolehi, 69 daripada 332 orang calon mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei 2018M peratus lulus ialah 77.23%.

Majlis  diteruskan dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut. 2 Hadiah Khas juga diberikan bagi kategori Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Ugama Brunei 2018 dan Pelajar Terbaik dalam BC. G.C.E O’ Level 2018. Satu Hadiah Penghargaan kepada penuntut yang aktif mengikuti kegiatan ko-kurikulum sekolah.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil diadakan adalah sebagai penghargaan bagi kejayaan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bersijil dan peperiksaan kendalian sekolah; Sebagai penyuntik semangat pelajar dan motivasi agar pelajar berusaha lebih gigih di masa akan datang; Sebagai bukti keberhasilan usaha guru dalam mendidik pelajar; dan sebagai Penghargaan kepada ibubapa yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak mereka.



Attachments