Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 35 TAHUN BAGI TAHUN 1440 HIJRAH / 2019 MASIHI

BERAKAS, 04hb Jun 2019M, Selasa–Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis di sini.

Majlis tersebut diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 35 Tahun Bagi Tahun 1440H/2019M.

Majlis ini merupakan lanjutan daripada Majlis Tazkirah Sepanjang Ramadhan yang diungkayahkan sebagai acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama sepanjang bulan Ramadhan. Antara pengisian utama bagi Majlis Tazkirah Sepanjang Ramadhan itu ialah Majlis Tadarus yang diadakan di surau bangunan tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah.

Majlis ini bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran dengan membanyakkan pembacaan Al-Quran, sebagai tanda aktiviti Tadarus iaitu membaca 30 juzuk telah sempurna dilaksanakan dan menggandakan amal ibadat dengan membaca Al-Quran dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan.

Penyelaras Bersama bagi Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tahun ini 2019M ialah Jabatan Urusan Haji, Jabatan Hal Ehwal Syar'iah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam yang juga penyelaras bersama kepada Majlis Tazkirah Sepanjang Ramadhan.

Majlis diselajurkan juga dengan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 35 Tahun Bagi Tahun 1440H/2019M Bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis ini adalah acara sampingan bagi setiap Kementerian untuk mengadakan Majlis Khatam di kementerian masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas majlis sambutan.

Penyelaras bagi Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 35 Tahun Bagi Tahun 1440H/2019M Bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah Jabatan Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Pengajian Islam, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Zuhur berjemaah, diimamkan oleh Yang Mulia Pengiran haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit; Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Bacaan surah-surah bermula dari Surah Adh-Dhuha dan seterusnya bacaan Takhtim diketui oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah. Bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Haji Kahar bin Haji Ali; Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Dikir Marhaban oleh Jabatan Pentadbiran dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara oleh Yang Mulia Haji Kahar bin Haji Ali; Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Turut hadir Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Haji Mohd. Seruddin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama.



Attachments