Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN PAKEJ HAJI KEPADA SYARIKAT DARUSSALAM HOLDINGS SDN. BHD. DAN PENYAMPAIAN WANG SAKU KEPADA SAUDARA-SAUDARA BARU YANG DIKURNIAKAN TAMBANG HAJI KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1440H/2019

BERAKAS, Khamis, 11hb Julai 2019M–Dalam usaha yang berterusan bagi memantapkan lagi keimanan dan penghayatan Islam saudara-saudara baru, seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk menunaikan ibadat haji pada musim haji tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Majlis Ugama Islam pagi ini mengadakan Majlis Penyerahan Bayaran Pakej Haji kepada Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan Penyampaian Wang Saku kepada 10 orang saudara-saudara baru yang terpilih dan memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan kurnia tambang haji daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Penyerahan bayaran pakej haji dan penyampaian wang saku disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Brunei.

Penerima dikurniakan tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menurut kadar yang diberikan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan iaitu sebanyak $4,500.00 tiap-tiap seorang; tiap-tiap seorang dari mereka juga diberikan sebanyak $7,700.00 bagi mencukupkan bayaran pakej Haji Darussalam Holding Sendirian Berhad iaitu ‘Pakej Zamrud: Z1 yang berharga $12,200.00’ dan perbelanjaan ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf dan tiap-tiap seorang dari mereka diberikan wang saku sebanyak $2,000.00 bagi perbelanjaan persendirian yang mana perbelanjaan ini juga diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.

Pemilihan saudara-saudara baru yang akan menunaikan Fardhu Haji ini adalah melalui sesi temuduga dan berdasarkan Garis Pandu mengenainya yang telah disediakan oleh Majlis Ugama Islam Brunei.

Diharapkan dengan menerima Kurnia Tambang Haji ini akan dapat membantu penerima mengukuhkan iman dan menghayati ajaran Ugama Islam dengan lebih sempurna, serta membantu mereka melaksanakan ibadah haji dengan penuh kesabaran dan taqwa, dan akhirnya akan mendapat haji yang mabrur.

Attachments