MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI
YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU‘IZZADDIN
WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI
WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI
YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA
BINTI AL-MARHUM PENGIRAN PEMANCHA PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMED ALAM SERTA KERABAT
BAGINDA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DI ISTANA NURUL IMAN BAGI TAHUN
1440 HIJRAH / 2019 MASIHI
Bandar seri Begawan, Ahad, 11 Ogos 2019M
(Istana Nurul Iman)–Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Serta Kerabat Baginda Dan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Istana Nurul Iman Bagi Tahun 1440
Hijrah / 2019 Masihi diraikan pagi tadi di Istana Nurul Iman.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah
Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta ahli-ahli Kerabat
Diraja yang lain dijunjung oleh Pengerusi Bersama dan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Kerja Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha
Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Serta Kerabat Baginda dan Majlis Sambutan Hari
Raya Aidil Adha Di Istana Nurul Iman Bagi Tahun 1440Hijrah/2019 Masihi.
Sebelum majlis dimulakan, takbir Hari
Raya dilaungkan beramai-ramai yang dikepalai oleh 120 orang wakil-wakil
Jabatan-Jabatan Kerajaan, Guru-Guru Ugama, Mahasiswa-Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi, Pasukan Beruniform, Kumpulan-Kumpulan Belia dan
Persatuan-Persatuan dan NGO. Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
dipersembahkan oleh Yang Mulia Awang Haji Hazwan bin Haji Salim, Johan
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2018, Pegawai Pelajaran Ugama
di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala Intisari ayat
dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Khairul Azhar bin Idris, Penolong
Pegawai Kurikulum dan Buku Teks di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal
Ehwal ugama.
Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan mengurniakan daging
ibadah korban kepada 100 orang penerima khas iaitu 50 orang lelaki dan 50 orang
perempuan yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin daripada keempat-empat
daerah.
Bagi memberkati Majlis, Doa Selamat
dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei
Darussalam.
Pada tahun ini, sebanyak 172 ekor sapi,
dan 14 ekor kambing dikorbankan, dan sebahagian daging ibadah korban sunat
tersebut diagihkan kepada sejumlah 10,277 orang asnaf fakir dan miskin di
seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya iaitu
7,109 orang di Daerah Brunei-Muara, 1,530 orang di Daerah Belait, 1,302 orang
di Daerah Tutong dan 336 orang di Daerah Temburong.
Kira-kira 6,000 orang jemputan hadir bagi
sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman terdiri
daripada Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pasukan Beruniform,
institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah ugama, Kumpulan-Kumpulan
Belia dan Persatuan-Persatuan dan NGO.
Sementara itu disebelah petang, diadakan
acara Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Serta Kerabat Baginda Bagi Tahun
1440H/2019M bagi Daerah Daerah iaitu Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah
Temburong.