Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

SESI MUZAKARAH ANTARA AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA DENGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 2019

BERAKAS, Selasa, 26hb November 2019M-Bagi memantapkan kualiti perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta bermuzakarah dan bertukar-tukar fikiran dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Muzakarah Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi mempengerusikan Muzakarah tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Muzakarah berkenaan adalah sebagai forum tahunan bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara danKementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengongsikan mengenai dengan perkembangan aktiviti, dasar serta polisi Kementerian yang terkini, di samping menjalin dan membangun ukhuwah yang lebih erat di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan sebagai persiapan menghadapi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara 2020/2021.

Muzakarah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, surah al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kemudiannya, Muzakarah diteruskan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Setelah itu, diikuti dengan ucapan daripada wakil Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari@ Jahari.

Kemudian Muzakarah disusuli dengan Sesi Dilog Muzakarah yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir dalam sesi muzakarah tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengarah-pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara berkesempatan menyaksikan Pameran yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei.


Attachments