Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANNAM BAGI PEGAWAI MASJID, AHLI JAWATANKUASA TAKMIR DAN JEMAAH MASJID SENEGARA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1441H/2019M

Serusop, Selasa, 26hb November 2019M-Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, Tutong; dan Masjid Kampung Mentiri, Brunei Muara, Zon 2, masing-masing muncul johan pada Pertandingan Dikir Syaafil Annam bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Senegara sempena Sambutan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441H/2019M.

Naib johan bagi Kategori lelaki ialah Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Mariam, Kampung Jerudong dan tempat ketiga disandang oleh Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.


Sementara bagi Kategori Perempuan pula, Masjid Pekan Seria, Kuala Belait muncul naib johan; dan tempat ketiga adalah milik Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Tutong.

Pertandingan berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada  pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu bahagian lelaki dan bahagian perempuan.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan suah al-Fatihah yang dipimpin oleh Bilal Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop, Yang Mulia Awang Razman bin Haji Ramlee. Ucapan Alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop.

Acara kemuncak pada petang tersebut ialah dengan pengumuman keputusan pertandingan yang disampaikan oleh Pengerusi Hakim, Yang Mulia Awang Haji Masri bin Haji Mohammad. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Johan Pertandingan Dikir Syaafil Annam bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Senegara Sempena Sambutan Maulud Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H/2019M.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majils dan sebelum bersurai Doa Selamat telah dibacakan oleh Bilal Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop, Yang Mulia Awang Razman bin Haji Ramlee.

Pertandingan Dikir Syaafil Annam bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Senegara Sempena Sambutan Maulud Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H/2019M ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop.

Dikir Syarafil Annam merupakan salah satu khazanah yang berharga yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu Brunei dan merupakan salah satu kebudayaan berugama yang telah diamalkan dalam kehidupan orang-orang Brunei sejak zaman berzaman.

Dikir Syarafil Annam mengandungi selawat dan salam serta kisah kehidupan dan keperibadiaan yang agung yang dimiliki oleh junjungan Besar Nabi Muhammad Sallalahu alaihi Wasallam yang telah dianugerahkan oleh Allah Subhana wataala dengan berbagai keistemewaan. Sudah setentunya sesiapa yang membaca  kitab ini akan beroleh pahala, berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu wataalah dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberikan bimbingan dan pendedahan serta memberikan peluang para peserta mempelajari teknik /kaedah bedikir yang betul agar mampu mempersembahkan Dikir Syarafil Annam dengan baik dan sempurna. Selain itu, untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu bacaan Dikir Syarafil Annam dari segi Fashahah, lagu dan suara yang akan dapat melahirkan individu atau kumpulan dikir Brunei dari kalangan pegawai masjid, Ahli Jawatakuasa Takmir dan Jemaah serta Belia Masjid. Melalui pertandingan ini juga dihasrat para peserta akan terus mempelajari dan menguasai lagu lagu dikir dan seterusnya dapat menyampaikan hajat masyarakat awam khususnya bagi menyerikan acara acara keagamaan. Disamping menggalakan para peserta sentiasa mengamalkan selawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam supaya menjadi amalan harian dan beroleh barkat daripadanya. Acara ini juga bertujuan menyemarakkan lagi sambutan maulud nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan seterusnya sama-sama melibatkan diri dalam pertandingan acara-acara yang berbentuk keugamaan serta secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim sesama Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah serta Muslimah Masjid.




Attachments