Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 2019

BERAKAS, 27hb November 2019M, Rabu-Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kementerian Hal Ehwal Ugama bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam bagi Tahun 2019M.

Majlis ini diisikan dengan Penyampaian Sijil Bersara kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam yang telah bersara pada tahun 2018, Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Bagi Division II, III, IV dan V Tahun 2019 dan Penerima Anugerah Kakitangan Berjasa Dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) Tahun 2019.

Majlis bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang bersara di atas jasa yang telah dicurahkan oleh Pegawai dan kakitangan yang berkenaan dan seterusnya menyampaikan sijil bersara bagi setiap Pegawai dan kakitangan yang diraikan iaitu seramai 94 orang.

Majlis diadakan bertempat di Bilik Sepakat 4 dan 5, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Selaku Pengerusi Majlis.

Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan Sijil Bersara Bagi Pegawai dan Kakitangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama Tahun 2018M, Penyampaian Sijil Penghargaan Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Bagi Division II, III, IV dan V Tahun 2019 dan Penyampaian Sijil Penghargaan Penerima Anugerah Kakitangan Berjasa Dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) Tahun 2019.

Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dan Saidul Istighfar oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin bin Haji Osman.

Turut hadir dYang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengarah-pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Attachments