Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENUTUP MUZAKARAH PENGKURSUS IBADAT HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1441H/2020M

BANDAR SERI BEGAWAN, 11hb Februari 2020M, Selasa-Majlis Penutup bagi Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masihi telah diadakan disebelah petang bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya berkesudian menyampaikan Sijil Muzakarah di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Awang Haji Matudin bin Haji Tahir, Ketua Bahagian Haji dan Umrah, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Pemangku Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.


Majlis diteruskan lagi dengan Pembentangan Resolusi Muzakarah oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sebelum mengakhiri majlis, Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam selaku Tetamu Kehormat menyampaikan Sijil Muzakarah kepada seramai 150 orang peserta yang menyertai Muzakarah tersebut.

Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji merupakan salah satu aktiviti tahunan Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diungkayahkan oleh Bahagian Bimbingan Haji Dan Umrah, sebagai persiapan awal kepada pengkursus ibadah haji sebelum Kursus Ibadah Haji bermula untuk menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai manasik haji serta yang berkaitan dengannya kepada bakal jemaah haji di negara ini.

Diharapkan muzakarah ini dapat mencapai objektifnya dan memantapkan lagi guru-guru pengkursus dengan ilmu ibadat haji dalam menyampaikan kursus ibadat haji kepada bakal jemaah haji tahun 1441H/2020M disamping ilmu ibadat haji dapat disebarluaskan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam serta mahasiswa dan mahasiswi institusi-institusi pengajian tinggi.





 

Attachments