Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PENGAGIHAN BUKU ’ZIKIR-ZIKIR DAN DOA-DOA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 April 2020m- Dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini khususnya, pelbagai cara dan usaha dilakukan antaranya menjaga kebersihan diri, seperti kerap mencuci tangan dan sebagainya.

Selain itu, dari segi kerohanian, kita juga dianjurkan untuk sentiasa mengamalkan zikir dan doa.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama beberapa buah stesen minyak di negara ini mengambil inisiatif untuk mengagihkan buku 'Zikir-zikir dan Doa-doa Memohon Kepada Allah Supaya Terselamat Daripada Bala dan Segala Jenis Penyakit' kepada orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan yang singgah untuk mengisi minyak.

Penyerahan buku tersebut berlangsung di Stesen Minyak TAIB, Beribi yang diagihkan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.


Manakala di Stesen Minyak Ikatan Teluk Mewah, Mentiri, buku-buku tersebut diagihkan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Penyerahan buku ini diagihkan kepada orang awam melalui stesen-stesen minyak di Daerah Brunei dan Muara pada hari ini dan bagi daerah-daerah lain akan dilaratkan penyerahannya pada esok hari.

Semoga dengan adanya usaha seumpama ini dan kerjasama dari semua pihak, wabak COVID-19 ini akan dapat kita tangani dengan segera dan berdoa agar Allah mengurniakan kesembuhan kepada pesakit dan melindungi kita sekali gus terhapus wabak dahsyat tersebut dari bumi ini.

 

Attachments