Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN BUKU ZIKIR-ZIKIR DAN DOA-DOA MEMOHON KEPADA ALLAH SUPAYA TERSELAMAT DARIPADA BALA’ DAN SEGALA PENYAKIT

Bandar Seri Begawan, Khamis, 02 April 2020M,-Dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan antaranya menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan sebagainya. Selain itu,dari segi kerohanian kita juga dianjurkan untuk sentiasa mengamalkan zikir dan doa.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid  telah mengambil inisiatif meneruskan lagi pengagihan buku  ’Zikir-Zikir dan Doa-Doa Memohon Kepada Allah Supaya Terselamat Daripada Bala dan Segala Jenis Penyakit’ dengan kerjasama pihak Mcdonald's dan Jolibee di negara ini kepada orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan yang singgah ke pandu lalu Drive Thru syarikat tersebut untuk membeli makanan.

Penyerahan buku zikir dan doa tersebut diagihkan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Sebanyak 15 ribu naskah telah dicetak hasil sumbangan ihsan Jabatan Percetakan Kerajaan, Negara brunei Darussalam untuk diagih-agihkan. Buku zikir dan doa tersebut juga akan diagihkan kepada sektor kerajaan dan sektor swasta di negara ini

Orang ramai bolehlah mendapatkan buku tersebut berbentuk format pdf dengan mengimbas kod QR dengan melayari laman sesewang www.kheu.gov.bn

Dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan antaranya menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan sebagainya. Selain itu,dari segi kerohanian kita juga dianjurkan untuk sentiasa mengamalkan zikir dan doa.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid  telah mengambil inisiatif meneruskan lagi pengagihan buku  ’Zikir-Zikir dan Doa-Doa Memohon Kepada Allah Supaya Terselamat Daripada Bala dan Segala Jenis Penyakit’ dengan kerjasama pihak Mcdonald's dan Jolibee di negara ini kepada orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan yang singgah ke pandu lalu Drive Thru syarikat tersebut untuk membeli makanan.

Penyerahan buku zikir dan doa tersebut diagihkan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Sebanyak 15 ribu naskah telah dicetak hasil sumbangan ihsan Jabatan Percetakan Kerajaan, Negara brunei Darussalam untuk diagih-agihkan. Buku zikir dan doa tersebut juga akan diagihkan kepada sektor kerajaan dan sektor swasta di negara ini

Orang ramai bolehlah mendapatkan buku tersebut berbentuk format pdf dengan mengimbas kod QR dengan melayari laman sesewang www.kheu.gov.bn

Semoga dengan adanya usaha seumpama ini dan kerjasama dari semua pihak, wabak COVID-19 ini akan dapat kita tangani dengan segera dan berdoa agar Allah mengurniakan kesembuhan kepada pesakit dan melindungi kita semua sekali gus terhapus wabak dahsyat tersebut dari bumi ini.

Attachments