Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

TAMAT TEMPOH MENJALANI PENGASINGAN DIRI BAGI PELAJAR YANG MENUNTUT DI REPUBLIK ARAB MESIR

Bandar Seri Begawan, Isnin 13 April 2020M–Seramai 367 orang pelajar yang menuntut di Republik Arab Mesir telah menamatkan pengasingan diri selama 14 hari hari ini dan semalam, Hari Ahad, 12 April 2020M.

353 orang pelajar telah menjalani pengasingan diri di tempat-tempat yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan manakala 14 orang pelajar lagi memilih menjalani pengasingan diri di rumah sendiri masing-masing.

Hadir bagi membuat tinjauan ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Pengarah Pengajian Islam serta pegawai-pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.




Attachments