Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Jun 2020M-Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay akan menamatkan perkhidmatan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

Dalam kunjungan perpisahan tersebut kedua-dua pihak menghargai hubungan erat yang sedia ada di antara kedua buah negara dan berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama. Kunjungan perpisahan berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sebelum ini Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Dasar Keselamatan di Pejabat Luar Negara dan Komanwel.

Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017.


Attachments