Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT MODAL PERALATAN BERUSAHA DAN PERALATAN RAWATAN PERUBATAN

SABTU, 27hb Jun 2020M, Asnaf Fakir Miskin di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Brunei dalam meringankan bebanan kehidupan mereka.

Pagi tadi, Majlis Penyerahan Agihan Zakat Modal Berusaha dan Peralatan Rawatan Perubatan telah diadakan di tiga buah tempat iaitu Penerima Pertama ialah Awang Mohammad Zini bin Hj Ismail bertempat di STKRJ Kg Telisai, Tutong, Agihan Zakat Peralatan Rawatan Perubatan yang diserahkan adalah sebuah Katil Hospital, Ripple Mattress dan Commode Chair.


Penerima Kedua Awang Muhammad Rahiman bin Senang bertempat di Kampong Padang Baru Bukit Udal, Tutong, Agihan Zakat Modal Berusaha yang diserahkan adalah sebuah Mesin Rumput Bersikut. Manakala Penerima Ketiga ialah Awang Mohammad Shahrimi bin Awang Hj Akop bertempat di Jalan Birau, Kg Birau, Agihan Zakat Modal Peralatan Berusaha yang diserahkan juga adalah Mesin Rumput Bersikut.

Hadir bagi menyempurnakan penyerahan agihan zakat tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.  

Kesemua peralatan berjumlah $2,565.00 (Dua Ribu Lima Ratus Enam Puluh Lima Ringgit Sahaja) diambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin Majlis Ugama Islam Brunei.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat modal peralatan berusaha ini akan meningkatkan semangat dan usaha para penerima agar berusaha lebih gigih dalam meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik serta harapan Majlis Ugama Islam kepada penerima agihan zakat peralatan rawatan perubatan agar dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan sejahtera dan sempurna.


 

 

 

           

Attachments