Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MASJID SURAU DAN BALAI IBADAT DALAM MENANGANI WABAK COVID-19

BERAKAS, Isnin, 13hb Julai 2020M–Dalam usaha berterusan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini, pelbagai pihak agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai telah tampil dan mengambil inisiatif untuk menyumbangkan barang keperluan sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19 tersebut kepada pihak yang berkeperluan seperti masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.  

Sehubungan itu pada majlis tadi pagi, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah BND$50,000.00 daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sumbangan wang tunai berkenaan adalah bagi pembelian bahan-bahan dan alat-alat pembersihan bagi masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara. Semoga dengan adanya usaha seumpama ini dan kerjasama dari semua pihak, wabak COVID-19 akan dapat kita tangani dengan segera dan dengan memanjatkan doa kepada Allah Subhanahu Wata’ala supaya wabak COVID-19 akan cepat-cepat terhapus dari bumi ini dan melindungi kita semua dari ancaman bahaya yang datang melalui wabak COVID-19 ini.


 

Attachments