Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KUNJUNG HORMAT DAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DARIPADA KEDUTAAN BESAR REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS, 11hb Ogos 2020M, SELASA-Dalam usaha berterusan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini, pelbagai pihak agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai telah tampil dan mengambil inisiatif untuk menyumbangkan barang keperluan sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19 kepada pihak-pihak yang berkeperluan.

Sehubungan itu, pagi tadi, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama telah menerima sumbangan sebanyak 35,000 keping sungkup muka (face mask), dan 5,000 botol cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) yang diserahkan oleh Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas. 

Seterusnya sumbangan-sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Yang Mulia Dayang Hajah Safiah binti Haji Yahya dan Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid,Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri untuk kegunaan di persekolahan ugama dan arab; serta kegunaan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara. 

Terdahulu itu, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas.

Turut hadir Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.



 

Attachments