Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM QIAMULLAIL BELIA MASJID BAGI DAERAH BELAIT

Daerah Belait, Sabtu, 12 September 2020M-Dalam usaha untuk menangani gejala isu sosial dari kalangan belia, maka Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pekan Seria, Daerah Belait telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program qiamulail bagi belia masjid di Daerah Belait. Program tersebut berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Jumaat, 11 September 2020 hingga hari Sabtu 12 September 2020 dan berlangsung di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait. Seramai 50 orang belia masjid dari Daerah Belait mengikut program tersebut.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan belia dengan mendekati Masjid,membiasakan belia bersilaturrahim dengan Jemaah/AJK Takmir. Melalui program ini para peserta dilatih membantu pentadbiran hal ehwal masjid. Selain itu, memberi peluang para belia masjid mengikuti aktiviti-aktiviti masjid dan seterusnya mendidik belia agar tidak dipengaruhi dengan gejala sosial.

Antara pengisian program qiamulail tersebut ialah membaca surah Yaasin dan Tahlil dan turut diisikan dengan dengan ceramah motivasi bertajuk: "Belia Sihat dan Penyayang Tanpa Gejala Sosial" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Aminordin bin Haji Yussof, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pekan Seria, Daerah Belait. Seterusnya Bimbingan Tahsin Amali "Thoharah" diadakan.

Pada hari kedua para peserta akan sama-sama bersembahyang fardhu Subuh berjemaah dan seterusnya membaca surah Al-Waqiah. Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Juffle bin Haji Mega, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Program pada hari kedua tersebut diteruskan lagi dengan kempen kebersihan di dalam dan luar masjid berkenaan.

Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat mengimarahkan masjid sekaligus akan menjadi pengajaran dan kesedaran kepada belia bagi menghindari aktiviti yang tidak berfaedah.

Program ini adalah kesinambungan dari program yang telah dilaksanakan dari daerah sebelum ini.

 

 

Attachments