Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Temburong, Sabtu, 1hb Rejab 1442H bersamaan 13hb. Februari 2021M-Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-37 bagi tahun 2021. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Syarahan Khas yang bertajuk Bendera Dalam Sirah Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Acara tersebut berlangsung di masjid berkenaan.

Menyampaikan Syarahan Khas pada malam tersebut ialah Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Awang Besar.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk menyatakan betapa pentingannya bendera dalam memperlihatkan identiti sesebuah negera. Selain itu menjadikan bendera negara lambang kekuatan, keunggulan dan kedaulatan sesebuah negara seterusnya mentaati perintah raja dan negara dalam sama-sama menaikkan bendera negara agar keunggulan negara tidak akan dipijak, dibiarkan dan dihina. Acara ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti syarahan dlm memakmurkan masjid.

Acara seumpama ini seterusnya akan berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri pada Hari Ahad, 14 Februari 2021 selepas menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Orang ramai adalah di alu-alukan untuk hadir bagi sama-sama mendengar syarahan khas tersebut.

Attachments