Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERKHIDMATAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

Berakas, Isnin, 22hb Sya’ban 1442H bersamaan 05hb April 2021M–Majlis Ugama Islam Brunei telah memperkenalkan salah satu cara alternatif bagi pembayaran zakat fitrah, iaitu perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara online. Perkhidmatan ini adalah kerjasama antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara online akan memudahkan masyarakat Islam di negara ini untuk menunaikan kewajiban zakat fitrah dengan penjimatan masa dan keselamatan kewangan. Orang ramai akan dapat menggunakan dua kaedah pembayaran zakat fitrah secara online, iaitu melalui BIBD ‘QuickPay’ dan melalui sistem perkhidmatan eZakat DST. Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara online akan dapat digunakan untuk tahun ini mulai 1hb Ramadhan sehingga 28hb Ramadhan 1442 Hijrah.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online diadakan di Kementerian Hal Ehwal Ugama petang tadi. Pelancaran disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam.

Sejurus selepas pelancaran, tetamu kehormat menyaksikan demonstrasi secara langsung (live demonstration) cara-cara pembayaran zakat fitrah menggunakan BIBD ‘QuickPay’ dan sistem perkhidmatan eZakat DST.



 

Attachments