Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN IMAM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH BAGI TAHUN 1442H / 2021M

KIARONG, Selasa, 23hb. Syaaban 1442H bersamaan 06hb. April 2021M–Dalam usaha memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan, khususnya mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih berjemaah di masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Imam Sembahyang Sunat Tarawih bagi tahun 1442H/2021M. Majlis berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan surat lantikan Imam Tarawih pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 177 orang telah dilantik bagi mengimamkan Sembahyang Sunat Terawih yang terdiri daripada 18 orang pegawai masjid, 22 orang tenaga pengajar, 74 penuntut dan 63 lepasan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang mana lepasan pelajar Institut Tahfiz ini sama ada yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau yang sedang menyambung pengajian di peringkat tinggi di dalam dan luar negara. Mereka akan ditempatkan di 79 buah masjid di Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong.

Antara objektif penempatan imam terawih dari kalangan pelajar dan lepasan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah untuk membolehkan mereka ini mengulangkaji hafazan , memantapkan hafazan dan juga agar mereka ini diberikan pengalaman sebagai seorang imam. Dengan penglibatan mereka sebagai imam di masjid yang telah diaturkan, insya Allah akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk menghadiri Sembahyang Sunat Terawih dan sebagai salah satu langkah untuk anak-anak tempatan khususnya para belia dalam mentakmir dan mengimarahkan lagi masjid di bulan Ramadhan yang akan datang ini.

Terdahulu sebelum penyerahan surat lantikan imam sembahyang Sunat Terawih, mereka telah diberikan taklimat secara teori dan praktikal tentang Aqwal wa Af’aal Sembahyang Terawih, agar mereka ini memahami kaifiyyat mengimam yang betul termasuk bacaan, tuma’ninah, pergerakan dalam sembahyang agar tidak terlalu cepat dan yang berkaitan dengannya.



Attachments