Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS TAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1442H/2021M

Kampong Kiarong, Selasa, 10 Zulhijjah 1442H bersamaan 20 Julai 2021M-Sunat melaungkan takbir dengan suara yang jahr (nyaring), sama ada di rumah, masjid, pasar atau sebagainya pada malam hari raya fitrah dan hari raya adha selepas terbenamnya matahari sehinggalah imam mengangkat takbiratulihram sembahyang hari raya.

Takbir ini dinamakan mursal dan mutlaq (takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan bila-bila sahaja).

Sementara takbir muqayyad (takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardhu, sunat, tunai atau qadha), takbir muqayyad ini khusus bagi hari raya adha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir tersebut pada subuh hari arafah sehinggalah asar di akhir hari tasyriq.

Acara melaungkan takbir raya bagi kedua-dua hari raya di Negara ini bukanlah suatu yang baharu malahan ianya telah pun dipraktikkan di negara ini sejak berabad lama dahulu dan ianya merupakan satu syiar dalam usaha melahirkan rasa syukur kehadrat Allah Subahanahu Wataala disamping memberikan kesederan kepada kita untuk mengamalkan suruhan Allah Taala dan menjauhi laranganNya.

Pada malam ini berlangsung Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1442H di semua masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara dengan tumpuan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Hadir di Majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut Hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama serta penduduk-penduduk yang tinggal di sekitarnya.

Turut memeriahkan lagi Majlis Takbir tersebut ialah dari Kumpulan Belia Masjid Daerah Brunei Muara, Anggota Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mahasiswa Universiti Teknologi Brunei, Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Penuntut Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah.

Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha diadakan adalah bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidil Adha yang akan berlangsung esok 10 Zulhijjah 1442H disamping Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam agar melahirkan masyarakat yang bertaqwa serta memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati makna kandungan takbir hari raya. Dengan adanya majlis ini juga akan dapat memupuk semangat para jemaah yang hadir dalam hidup berkumpulan dan mengeratkan silaturrahim dengan mendekatkan diri dengan masjid dan mencintai masjid, sekaligus menjadi harapan agama bangsa dan negara.

Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Khairul Azhar bin Idris, Pegawai Perkembangan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kemudian laungan takbirpun berkumandang dari para yang hadir.

Untuk memberkati majlis, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Shafiq bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.


Attachments