
Kiarong, Hari Rabu, 10hb Zulhijjah 1442H
bersamaan 21hb Julai 2021M–Bumi Darussalam bergema sekali lagi
dengan ribuan umat Islam di Negara ini merafa’kan tanda syukur kehadrat Illahi
dengan melaungkan pujian takbir, tasbih dan tahmid di masjid-masjid, surau dan
balai ibadat di seluruh negara kerana dengan izin dan
kurniaNya kita dapat menyambut Hari Raya Aidiladha Tahun 1442 Hijrah ini dan
seterusnya dapat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah
yang diadakan serentak di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh
negara dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Dalam sama-sama mensyukuri nikmat yang
kita raikan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
telah berkenan berangkat menyertai bersama para jemaah di Jame' Asr Hassanil
Bolkiah, Kampong Kiarong bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha
1442 Hijrah.

Berangkat sama ialah paduka-paduka
anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
'Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul
Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Amat Mulia
Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran
Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara;
Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Pehin
Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah
Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi
Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1442H; Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar
bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia
(Dr.) Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat
Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri; Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji
Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok DatoSeri Paduka Haji Abidin,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji
Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha
Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato
Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
Diikuti dengan Khutbah Sunat Hari Raya
Aidiladha yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka
Haji Mustafa bin Haji Murad, Pegawai Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah,
Kampong Kiarong.
Gambar-gambar sekitar majlis



Bawah: Khutbah Sunat Hari Raya
Aidiladha yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka
Haji Mustafa bin Haji Murad, Pegawai Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah
