Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI SERTA KERABAT DIRAJA BAGI TAHUN 1442H/2021M

KIARONG, Rabu, 10 Zulhijjah 1442H bersamaan 21hb. Julai, 2021M–Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Diraja bagi tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi berlangsung pagi tadi di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong sejurus selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Allahyarham Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Mohd Taha; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. 

Di majlis tersebut, Seekor kambing disempurnakan penyembelihannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, manakala penyembelihan binatang-binatang korban Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerabat Baginda yang selebihnya disempurnakan di Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd, Tapak Perusahaan Rumah Penyembelihan, di Kawasan Pertanian Kampong Batang Mitus, Mukim Kiudang, Tutong, Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Mohammed Norfaidzal  bin Haji Zainuddin dan Anak-Anak di Lot G, Projek Ladang Ternakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampong Mulaut, Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun ini, 190 ekor binatang korban iaitu sebanyak 176 ekor sapi, dan 14 ekor kambing dikorbankan dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 15,357 iaitu 14,061 orang asnaf fakir dan miskin dan tanggungan, 789 di kalangan ibu tunggal dan 507 di kalangan warga emas di seluruh negara. 



Attachments