Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM ILM SERIES DA’WAH SEMASA PANDEMIK

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Safar 1442H bersamaan 19 September 2021M-Badan Sukarelawan Belia Da’ie dibawah naungan Program Keugamaan Belia, Pusat Da’wah Islamiah telah mengadakan Program Ilm Series Da’wah semasa pandemik secara dalam talian yang membawa tajuk “Kisah Kaum Nabi Luth: Cinta Yang Terlarang”. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Dr. Kamaru Salam Yusof, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam melalui laman Instagram rasmi di Belia Da’ie Brunei (@beliadaie).

Program Ilm Series Da’wah kali ini bertujuan untuk mentadabbur Al-Quran mengenai kisah kaum Nabi Luth sebagai usaha menangani isu sosial di Negara Brunei Darussalam dari sudut fahaman Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT). Program ini membincangkan mengenai kaum Luth dalam konteks masa kini seperti fahaman LGBT yang semakin menular secara tidak langsung melalui buku-buku cerita, filem, kartun dan sebagainya yang terdapat di media sosial mahupun interaksi sosial. Disamping itu juga adalah merupakan kepentingan umat untuk mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang bahaya hubungan sejenis dari segi Syariat dan kesan-kesannya pada masyarakat serta solusinya.

Pengisian yang telah disampaikan adalah menyentuh tentang sejarah asal usul kaum Nabi Luth, dimana kerosakan yang dilakukan telah membawa kehancuran kaum Luth tersebut. Kisah nyata ini bersandarkan dari petikan surah-surah dalam Al-Quran yang merakamkan azab yang dahsyat terhadap kaum Luth kerana ingkar dan melakukan perkara yang dimurkai Allah Subhanahu Wa Ta’ala iaitu hubungan seksual sesama jenis (homoseksual). Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga memberikan solusi tentang masalah ini iaitu dengan kembali kepada Fitrah-Cinta yang sebenarnya yang telah diajarkan dalam surah Al-Baqarah ayat 165 dan surah Al-Imran ayat 31 iaitu cinta kepada Allah, Rasulullah dan Islam.

Antara nasihat yang diberikan ialah agar kita kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, mengajar dan menyedarkan masyarakat perkara yang benar, jangan menjadikan nafsu sebagai Tuhan dan sibukkan diri dengan kerja kebajikan seperti sukarelawan. Natijahnya, untuk menjadi hamba yang dicintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan selamat dari azabNya, hendaklah kita sentiasa menjaga cinta kita dengan jalan yang benar dan lurus bersandarkan wahyu (Al-Quran) dan sunnah.

Seramai lebih kurang 120 orang hadir menonton kuliah ini secara live melalui laman media sosial Instagram dan telah mendapat sambutan padu dari orang ramai. Rakaman Kuliah Program Ilm Series ini masih boleh didapati di laman IGTV Instagram rasmi Belia Da’ie Brunei (@beliadaie).

 


Attachments