Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS BERHARI RAYA KE KEDIAMAN YANG BERHORMAT PEHIN UDANA KHATIB DATO PADUKA SERI SETIA USTAZ HAJI AWANG BADARUDDIN BIN PENGARAH DATO PADUKA HAJI AWANG OTHMAN, MENTERI HAL EHWAL UGAMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1439 HIJRAH

KAMPONG SUNGAI BESAR, Jumaat, 06 Julai 2018-Setelah genap sebulan kita berpuasa dibulan Ramadhan, menahan lapar dan dahaga, tibalah hari kemenangan bagi umat Islam. Hari Raya Aidilfitri, hari untuk kita bergembira bersama keluarga dan sahabat handai dan taulan, saling kunjung mengunjungi rumah terbuka dan mengiratkan silaturrahim. Semoga tali persahabatan kekal selamanya.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, telah menerima kunjungan berhari raya daripada Persatuan KACA pada hari ini sempena Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah.

Seramai 120 orang kanak-kanak KACA bersama ibubapa/penjaga serta sukarelawan. Rombongan KACA diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin, Presiden KACA.

Persatuan KACA adalah badan kebajikan/sukarela (Non Profit Organization) yang ditubuhkan pada 27hb. Oktober 1986, Ia bertujuan antara lain untuk meningkatkan kebajikan Kanak-kanak Cacat Kurang Upaya di Negara Brunei Darussalam yang belum menghadiri sebarang bimbingan dan latihan secara formal.

Secara keseluruhan, KACA sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), bukan sahaja berperanan menjaga kebajikan golongan orang-orang yang cacat dan kurang upaya, tetapi ia juga memainkan peranan untuk memberi perkhidmatan kepada ibubapa khasnya dan belia-belia amnya dalam kerja-kerja Khidmat Masyarakat di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Turut sama hadir Yang Mulia Awang Haji Abd Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Yang Mulia Haji Awang Abd Alim bin Haji Awang Othman, Timbalan Presiden KACA.

Majlis tersebut diadakan di Rumah Daraina, No 8, Spg 530, Kampung Sungai Besar, KM 13, Jalan Kota Batu, Negara Brunei Darussalam.

Attachments