Dengan
hormat sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
Peringkat Negara Tahun 1440 Hijrah, Kementerian Hal Ehwal Ugama sedang dan akan
membuat persiapan bagi mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1440 Hijrah di ke empat-empat daerah.
Acara
kemuncak Perhimpunan dan Perarakan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda 'Omar
'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Hari Selasa, 12 Rabiulawal 1440H
bersamaan dengan 20hb. November 2018M.
Sehubungan
dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat
Negara Tahun 1440 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan
orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.
Penyertaan
adalah dibukakan kepada:
1.Pasukan-Pasukan Beruniform;
2.Kementerian-Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan;
3.Sekolah-Sekolah Menengah dan Institusi
Pengajian Tinggi;
4.Persatuan-Persatuan, NGO dan Sektor
Swasta dan
5.Kampong-Kampong, Majlis Perundingan
Kampong dan Takmir Masjid.
Borang-borang
penyertaan bagi Daerah Brunei Muara telahpun dibukakan dan boleh diperolehi sekarang
daripada Urusetia Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1440 Hijrah, Bahagian
Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan
Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam.
Borang
penyertaan bagi Daerah Brunei Muara yang telah lengkap diisikan hendaklah di
hantar kepada pihak Urusetia beralamat di
Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam atau melalui faks 2382351
atau email: syiar.islam@mora.gov.bn. Sementara itu, borang-borang penyertaan
bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal
Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.
Tarikh
tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Isnin, 05
November 2018, jam 4.00 petang.
Sebarang
pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi Awang Muhd Mujeib bin Haji
Musa atau Dayang Nurrasyidah binti Haji Abdul Halim ditalian 2382311 sambungan
231/237/234/232.