Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

BACAAN SURAH YAASIN DAN DOA KHAS SEMPENA NISFU SYAABAN 1441H/2020M

Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan bahawa Bacaan Surah Yaasin dan Doa Khas Sempena Nisfu Sya'ban Tahun 1441H/2020M akan diadakan secara langsung dari Masjid 'Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan melalui Radio Televisyen Brunei pada petang hari Rabu malam Khamis, 15 Sya'ban 1441H bersamaan 08 April 2020M mulai jam 6.45 petang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan dan digalakkan untuk bersama-sama menghidupkan malam Nisfu Sya'ban tersebut dengan mengikuti sama bacaan surah Yaasin dan Doa di kediaman masing-masing dengan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadaNya dan memohon agar dijauhkan daripada bala bencana serta memohon agar dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.

Semoga dengan adanya usaha seumpama ini dan kerjasama dari semua pihak, wabak COVID-9 ini akan dapat kita tangani dengan segera dan berdoa agar Allah mengurniakan kesembuhan kepada pesakit dan melindungi kita semua sekali gus terhapus wabak dahsyat tersebut dari bumi ini.


BACAAN SURAH YAASIN DAN DOA KHAS SEMPENA NISFU SYAABAN 1441H/2020M


SILA MUATTURUN DOKUMEN DOA NISFU SYAABAN 1441H/2020M


Attachments