Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RUMAH BARU KEPADA DAYANG ROSLINAH BINTI LAMPOH

TUTONG, 07 November 2018, Selasa–Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan sentiasa berusaha memeduli meringankan kesulitan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang-orang susah, daif dan memerlukan bantuan, kesejahteraan dan kebajikan terutama bagi memenuhi hasrat mereka untuk mempunyai tempat tinggal sendiri yang selesa dan lebih baik dan selamat untuk berteduh sentiasa diambil perhatian.

Sehubungan dengan itu, pada hari ini berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Rumah Baru kepada Dayang Roslinah Binti Lampoh, No 4, Simpang 38-23, Jalan Palu Penanjong, Kampong Penanjong, Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Brunei yang seterusnya menyerahkan kunci dan sijil kesiapan rumah tersebut.

Rumah bantuan ini adalah jenis rumah bertiang mempunyai empat (4) buah bilik, sebuah ruang tamu, sebuah dapur, sebuah bilik mandi dan sebuah tandas. Perbelanjaan bagi pembinaan rumah tersebut adalah melalui peruntukan Kumpulan Wang Zakat Majlis Ugama Islam, Brunei Asnaf Fakir dan Miskin berjumlah $59,478.00 (Lima Puluh Sembilan Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Lapan Ringgit Sahaja).

Kerja-kerja pembinaan rumah bantuan tersebut bermula dari memotong pokok-pokok kayu, menembok tanah dan kerja-kerja membuat rumah bermula pada 27 Disember 2016 dan telah siap sepenuhnya pada 26 Mei 2018. Syarikat yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut ialah Syarikat ABI-J Contractor.

Dayang Roslinah binti Lampoh berusia 54 tahun. Penerima bantuan ini mempunyai 3 orang anak yang mana seorang sudah berumahtangga dan 2 orang masih bujang. Pemohon masa ini bertugas sebagai Guru di Learning Tree School dengan pendapatan sebanyak $770.00 sebulan.

Apa yang diharapkan, dengan adanya kemudahan ini dapat membantu meringankan beban dan tanggungan disamping memberikan keselesaan tempat tinggal bagi Dayang Roslinah sekeluarga.

Attachments