Skip Ribbon Commands
Skip to main content

KAFA

UNIT KAUNSELING DAN KEFAHAMAN AGAMA (KAFA)



MISI

   • Memelihara kesucian agama rasmi negara dari sebarang unsur-unsur fahaman ekstrem, radikal dan pemikiran liberal.

   • Membantu mereka yang memerlukan bimbingan kembali pada landasan dan nilai-nilai Islam yang murni.

MATLAMAT

   • Merangka tindakan strategik dari perspektif Islam sebagai tindakbalas terhadap ancaman dari kumpulan atau individu yang membawa pemikiran / gagasan            ekstrem, mahupun liberal yang bertentangan dengan amalan masyarakat di Negara Brunei Darussalam serta nilai-nilai ugama Islam.

   • Menghulurkan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam menghadapi cabaran kumpulan atau individu yang berpegang dengan fahaman                  radikal serta pemikiran ekstrem, atau liberal dan seumpamanya.

   • Sebagai nilai tambah dalam memberikan penentangan naratif terhadap kefahaman yang salah mengenai ajaran Islam mengikut keadaan dan keperluan                    tempatan, serta mendokong usaha negara-negara Islam dalam menangani cabaran yang mengugat perpaduan Ummah.

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah penubuhan unit ini adalah cadangan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat Pehin mencadangkan penubuhannya sebagai satu mekanisme khusus menangani pemikiran ekstrem dan radikal yang memanipulasi ajaran Islam. Sejarah penubuhan unit ini tercatat dalam minit bil. KHEU/M/SUT III/2011 bertarikh 29hb Rejab 1439 bersamaan 16hb April 2018.

Penubuhan unit ini juga adalah sebagai respon kepada Resolusi Forum SOM MABIMS ke-43 (2018) yang menggariskan strategi bagi menangani pendekatan ancaman aliran ideologi liberalisme, ekstremisme, radikalisme dan sebarang elemen yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, termasuk menawarkan khidmat islah bagi menangani ideologi-ideologi tersebut.

Unit ini mula beroperasi pada 7 Januari 2019 di bawah Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Unit ini juga dikenali dengan: Counselling and Religious Understanding Unit ( وحدة الاستشارة والتفاهم الديني ) 

ANTARA PERANAN UNIT INI

   • Fokal utama KHEU mengenai isu yang berkait dengan kumpulan atau individu yang membawa pemikiran / gagasan ekstrem; serta isu fahaman liberal yang               bertentangan dengan amalan masyarakat Brunei serta nilai-nilai ugama Islam.

   • Sebagai sekretariat bersama dalam Jawatankuasa Program Kesedaran Awam Berkenaan Anasir Kegiatan Pengganasan dan Ekstremisme di bawah Jabatan                   Perdana Menteri.

   • Membantu dalam menjalin kerjasama erat dan perkongsian maklumat dengan negara-negara anggota MABIMS (Republik Indonesia, Malaysia dan Republik               Singapura).
 
  • Bertanggungjawab bagi menyebarluaskan maklumat dan kefahaman yang betul mengenai ajaran Islam menurut keadaan dan keperluan tempatan,                            menawarkan khidmat bimbingan, kaunseling dan membuat penyelidikan-penyelidikan.


PERKHIDMATAN KAFA

Bagi mengetahui pekhidmatan KAFA, Sila klik disini.