KULAPIS, Khamis, 10hb Rabiulakhir 1442H
bersamaan 26hb. November 2020M-Majlis Khatam Al-Quran bagi Muslimah
Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis adalah merupakan majlis bagi
meraikan seramai 28 orang muslimah masjid berkenaan yang telah menamatkan bacaan
Al-Quran mereka dengan bimbingan tenaga pengajar melalui aktiviti dan Program 1
Minggu 1 Juzuk yang dikendalikan oleh Muslimah Masjid berkenaan.Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa
Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis telah mengadakan Majlis
Khatam Al-Quran bagi Muslimah Masjid tersebut yang berlangsung di Masjid berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis
tersebut ialah, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei
Darussalam, Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi.

Antara tujuan acara ini dijalankan adalah
sebagai satu pengiktirafan/penghormatan kepada para Ahli Muslimah kerana
berjaya menamatkan bacaan mereka dan sebagai ganjaran kerana ketekunan mereka dalam
mengikuti kelas bimbingan Muslimah khususnya bacaan Al-Quran. Selain itu,
menggalakkan Muslimah agar sentiasa mengikuti kegiatan-kegiatan keugamaan dan
yang berkebajikan sekaligus mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan
bacaan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis dan
seterusnya bacaan Surah-surah oleh peserta-peserta khatam diikuti dengan bacaaan
Doa Khatam dan majlis hari tersebut turut diserikan dengan Dikir Asyrakal.
Dengan adanya majlis seumpama ini, ianya
akan dapat menyuntik semangat para peserta khasnya dan menjadikan amalan
membaca al-Quran secara berterusan dalam kehidupan seharian.
Tetamu kehormat majlis Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi

Gambar-gambar sekitar Majlis Khatam Al-Quran bagi Muslimah
Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis





